:: Pendahuluan :: Operasi :: Lokasi ::
 
 

PENDAHULUAN

Syukur kepada Allah s.w.t di atas limpah kurnia inayahNya, selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sejarah penubuhan Perniagaan Pak Aji Sdn Bhd bermula pada tahun 2000, apabila Pasar Mini yang sedia ada di kawasan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ini, telah diberikan nafas baru oleh En. Hishamudin Mohamad dengan beroperasi sebagai pasar raya 24 jam, menawarkan harga yang lebih kompetitif dan juga mewujudkan bahagian Pasar Segar yang amat menarik.

Pasaraya Pak Aji menawarkan pelbagai barangan runcit merangkumi makanan, keperluan seharian para pengguna sehinggalah pelbagai produk pasar segar termasuk ikan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Motto kami, iaitu menjadi sebuah ‘Pasaraya Produk Halal Pilihan Muslim’, direalisasikan dengan membekalkan keperluan seharian yang halal kepada pengguna-pengguna muslim. Diperkukuhkan dengan sistem pengurusan, pembelian, penjualan yang begitu efisyen serta sokongan staf yang seramai 40 orang, Pasaraya Pak Aji mampu berdiri dengan teguh dan bersama-sama dalam membangunkan ekonomi ummah.

Mengutamakan aspek-aspek seperti kualiti, harga murah, layanan yang menarik dan produk halal adalah antara faktor yang diberi penekanan selaras dengan visi syarikat iaitu “Mewujudkan sebuah perniagaan produk barangan halal bagi menjamin keperluan harian ummah”.

Semoga Perniagaan Pak Aji Sdn Bhd terus berjaya dengan gilang gemilang dipacu oleh teraju pengurusan yang berkaliber. InsyaAllah.

Seterusnya >>

 

 
 
 
Rakan Niaga
www.shamensi.com.my

http://koedarhalalhub.blogspot.com/
 
:: Menu Utama :: Mengenai_Kami :: Produk :: Hubungi Kami :: Aktiviti & Pengumuman ::
 
Copyright © Pasaraya Pak Aji Sdn Bhd