10 - 13 Julai 2008.

Karnival Produk Global " Business Matching"

Banner Karnival Produk Global " Business Matching"
Booth Muslim Mini Halal Hub

Pasaraya Pak Aji bersama dengan Koperasi Pengedaram Produk Muslim (KOEDAR) telah menyertai Karnival Produk Global & Business Matching yang bertempat di Golden Straits Beach Resort, Port Dickson untuk mempromosikan konsep Muslim Mini Halal Hub (MMHH). Karnival ini dianjurkan oleh OVR Time Marketing bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ketua Pengarah MARA, Yang Berbahagia Dato’ Nam bin Hj. Marthinin telah merasmikan karnival tersebut.

Ketua Pengarah MARA, Yang Berbahagia Dato’ Nam bin Hj. Marthinin
Pengarah urusan Pasaraya Pak Aji, En Hishamudin Mohamad menerangkan sesuatu kepada Ketua Pengarah MARA, Yang Berbahagia Dato’ Nam bin Hj. Marthinin

Karnival tersebut bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada usahawan-usahawan melebarkan pasaran mereka ke peringkat global. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk mengumpul usahawan-usawan tempatan & luar negara untuk membina pakatan strategik di dalam perdagangan global.

 
     
     
   
Rakan Niaga
 
 
www.shamensi.com.my

http://koedarhalalhub.blogspot.com/
     
       
:: Menu Utama :: Mengenai_Kami :: Produk :: Hubungi Kami :: Aktiviti & Pengumuman ::
 
Copyright © Pasaraya Pak Aji Sdn Bhd