Selamat Datang Ke Website Shamensi
Polisi Penghantaran

  1. SHAMENSI akan menggunakan cara penghantaran yang sesuai untuk menghantar produk ke alamat yang diberikan oleh pelanggan. Tetapi kami tidak ada jaminan waktu penghantaran yang tepat dan SHAMENSI tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan yang terjadi semasa perkhidmatan penghantaran dilakukan, sekiranya kelewatan berlaku di luar kawalan pihak SHAMENSI. 
  2. Tempahan anda akan dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat kurier yang dipilih oleh SHAMENSI. Pada masa sekarang, khidmat penghantaran kami hanya merangkumi Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk tempahan yang dibuat sebelum pukul 12 tengah hari, sila benarkan lima (5) hari bekerja untuk pemprosesan tempahan dari tarikh pengesahan tempahan yang tertakluk di dalam kawasan penghantaran SHAMENSI. Sila ambil perhatian yang kami tidak menerima penghantaran ke alamat P.O. Box dan berkemungkinan sukar untuk menghantar ke beberapa lokasi dalam keadaan yang tertentu. Sekiranya penghantaran ke alamat anda tidak dapat dilakukan, kami akan menghubungi anda untuk alamat alternatif. 
    Caj penghantaran akan dikira berdasarkan berat produk yang ditempah :-
    Tempahan Diterima Caj Penghantaran
    Semenanjung Malaysia
    Untuk tempahan 500g atau kurang per lokasi

    RM7.55
    Untuk tempahan melebihi 500g per lokasi RM7.55 untuk 500g pertama dan RM0.50 untuk setiap kg berikutnya 
       
  3. Perkhidmatan penghantaran tidak disediakan pada hari Ahad dan cuti umum.
  4. Pelanggan perlu memaklumkan segera kepada SHAMENSI sekiranya ada pertukaran alamat penghantaran dan nombor telefon. 
  5. Sekiranya pelanggan tidak dapat menerima produk yang dihantar, satu kad pemberitahuan akan diberikan untuk pelanggan mengambil bungkusan daripada cawangan POSLaju yang terdekat. Sekiranya penghantaran tertangguh disebabkan penangguhan oleh pelanggan atau atas sebab tidak mahu menerima penghantaran atau jika pelanggan gagal atau menolak untuk mengambil produk dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan kedua, tempahan tersebut akan dianggap batal tetapi pelanggan hendaklah menanggung semua kos yang terpaksa ditanggung oleh SHAMENSI (termasuk kos penghantaran dan caj pentadbiran).
  6. Sekiranya pelanggan tidak ada untuk menerima penghantaran, seorang wakil boleh menerima penghantaran tersebut. Wakil tersebut mestilah berumur melebih 18 tahun dan berkemampuan untuk menerima tempahan anda. Pelanggan atau wakilnya mungkin perlu menunjukkan bukti pengenalan diri semasa penghantaran produk dan semua penghantaran perlulah ditandatangan pada invois penghantaran. 
  7. SHAMENSI berhak untuk menangguhkan penghantaran produk kepada pelanggan sekiranya terdapat unsur-unsur keraguan pada pengesahan pelanggan atau maklumat pengenalan diri yang tidak lengkap.